Travel: Bukit Broga


Assalamualaikum, Hello.

Quick question,

Pernah daki bukit atau gunung tak?

Mendaki ni seronok dan memenatkan. Kalau yang dah selalu daki, kaki diorang memang kuat. First time saya daki bukan bukit tapi gunung terus. Ya, Gunung Ledang. Memang penat gila. Turun ja terus tidur, betis keras 2-3 hari.

Hari ini, saya nak share pengalaman daki Bukit Broga bersama member-member. Kami berlima pergi ke sana pada hujung tahun 2015. Kami sewa kereta dan tidur sekejap dekat rumah Paan sebelum keluar awal-awal pagi. Paan jadi pilot, saya co-pilot, Pojan, Alif dengan Apiz semua tidur dah kat belakang. Perjalanan ambil masa sekejap sahaja.

Ikut pusingan jam, Apiz, saya,
Paan, Alif dan Pojan
Sebelum masuk waktu subuh kami dah sampai. Ingatkan tak ramai, rupanya banyak dah kat atas bukit. Pengakap sekolah pun ada. Parking kereta kat sini kena bayar, tak ingat exact amount. Tandas kat sini pun kena bayar seringgit. Tandas biasa-biasa sahaja. Surau pun disediakan tapi ala kadar.

Selesai solat subuh, kami semua terus memulakan pendakian ke puncak. Berbekalkan flash dari smartphone, saya pun daki dengan tanah yang agak licin. Pada awalnya kami semua bergerak sekali. Apabila nak sampai puncak pertama, Alif, Apiz ngan Paan semua laju. Saya ngan Pojan still kat belakang. Naik Broga ni memang banyak buat mental koyak. Ingatkan dah sampai puncak, rupanya bila ada kat situ korang boleh tengok ada lagi puncak-puncak dia kat atas sana.

Sebab subuh dah nak habis, saya berhenti sekejap untuk ambil gambar. Pendakian diteruskan. Puncak kedua ni just tanah lapang, sesuai kalau nak camping dan stargazing. Waktu ni saya dah sorang kat belakang, kena fahamlah lori kalau naik bukit memang slow. Puncak ketiga ni best sikit. Ada banyak spot nak ambil gambar, camping. Batu-batu kat sini memang besar.

Pemandangan pekan berhampiran
Saya, Pojan ngan Paan rest sekejap. Kami terjumpa dengan member sePASUM yang dah sampai awal lagi kat sini, siap tidur solat ngan breakfast. Timing kami memang nice sebab matahari baru nak naik. Dah puas ambil gambar ngan makan, kami continue nak sampai puncak terakhir. Alif ngan Apiz dah gerak awal lagi. Paan ngan Pojan pun laju, saya kat belakang penat mengucap.

Nak sampai puncak terakhir ni memang payah sikit. Kena naik sambil pegang tali sebab batu licin. Bila dah sampai, ahhhh leganya. Setelah mendaki sejak subuh sampai juga puncak keempat. Waktu saya sampai orang dah ramai kat atas ni. Nak ambil gambar pun kena tunggu turn. Member yang lain semua dah lama sampai. Waktu tu matahari dah makin tinggi, so kena cepat-cepat ambil kenangan kat sini.
Memikirkan masa depan

Perjalanan turun bukit ni senang tapi kena careful, tanah dengan batu licin ni ada kat mana-mana. Ada jugak orang and budak sekolah yang baru nak naik. Mendaki waktu ni bukan tak boleh, tapi alamatnya sunburnlah kulit nanti. Waktu turun ni kami race. Saya pecut habis. Member saya pun join sekali. Haha nak buat macam mana, ini peluang untuk balas balik kat member yang laju sangat waktu naik tadi.


Dekat bawah ni ada sedikit kedai-kedai yang jual baju, torchlight dan makan-makan. Saya belilah tiga helai baju buat kenangan. Saya yakin kalau hari-hari saya naik bukit ni, insyaAllah boleh kurus kering kot.


Gambar sepanjang pendakian;


Pemandangan puncak bawah dari puncak atas

Sinaran matahari

Subhanallah

#Kembara5Bersaudara

Yeay!! Tahniah!


So, info and my suggestions on Broga;

 Klik untuk ke Google Maps
  1. Terletak di pekan Broga, berdekatan dengan sempadan Selangor-Negeri Sembilan
  2. Mempunyai 4 puncak, ketinggiannya ialah 400m
  3. Lebih baik ambil wuduk sebelum sampai sini
  4. Start daki awal dan solat subuh kat atas sana, lagi rasa kebesaranNya
  5. Bawa torchlight
  6. Yang bawa camera atau GoPro, sila berhati-hati sebab tanah licin
  7. Tandas sangat tak memuaskan

Post saya hanya memberi sedikit info tentang Broga, anda boleh cari entry-entry lain untuk lebih banyak maklumat. So, pack your things and jom travel!

Comments