first post
assalamualaikum dan salam sejahtera
yo
yang ni first post untuk blog aku ni, terima kasih sebab buka.
aku pun tak sangka ada gak yang buka blog ni.
so, aku nak cerita pasal hobi aku yang satu ni.
main minecraft.
sebenarnya bukanlah hobi sangat benda ni sebab aku main ikut mood ja.
waktu spm dulu punya semangat main.
minecraft.
welcome screen dalam minecraft |
pernah main game ni?
bagi aku best ngan boring.
best kalau game tak lag pastu main ngan member.
boring kalau hang main mod creative, sorang-sorang.
aku start main waktu form 4, 2013.
mula-mula tengok kawan main, kotak.
graphic noob, padahal lag kalau processor slow.
aku pun install la nak try, tak ketagih lagi.
lombong first aku, waktu ni tengah maghrib |
rumah first aku, keliling hutan taiga |
ni la tempat first aku kat minecraft.
spawned in middle of nowhere.
waktu ni aku main survival mode.
mula-mula kena tebang pokok.
pokok spruce |
pokok oak dan biri-biri |
selfie boleh? |
mmmbekkk!! |
lepas tebang kena buat kayu tu jadi planks.
bila dah ada planks, kena buat crafting table.
main minecraft hang kena cari sumber pastu craft jadi apa-apa yang useful.
banyak benda boleh buat, tu yang best.
nak dapat plank paling senang |
benda penting dalam game ni |
gergaji dengan tukul tu memang dah ada kat situ |
buat senjata, rumah, makanan and etc.
ni pickaxe, spade jenis kayu.
pakai benda ni untuk memudahkan kita nak dapat sumber.
tapi pakai kayu tak best sebab cepat lingkup.
spade untuk korek dirt ngan pasir |
untuk sembelih binatang ngan bunuh sapa-sapa yang dibenci tanpa sebab |
alatan berkebun |
alatan melombong |
alternatifnya, kita kena kumpul batu banyak-banyak.
buat pickaxe jenis batu, baru kuat.
pedang pun kena buat jugak, nak sembelih ayam lembu.
babi boleh gak tapi islam kata haram.
spade buatan batu, lagi kuat attack damage banding ngan kayu |
sesuai untuk pelombong amatur |
wow... dapatkan segera hanya di cjw**shop... hehe gurau |
ladang lama, tapi aku tak bela benda pink tu.. terjatuh kot |
bila dah banyak sangat benda nak kena ada, kena ada chest.
buat chest senang, afdal buat double.
sementara tak maghrib lagi, cepat buat rumah.
toksah dok buat macam istana, buat pondok ja.
cara nak buat chest |
single chest |
double chest |
storage 9 x 6 = 54 jenis benda boleh boh dalam ni |
sebelum malam pastikan bekalan makanan dah ada.
orang dalam minecraft pun kena makan.
bukan apa, malam dalam minecraft ni ada aktiviti.
zombi, labah, skeleton creeper, macam-macam, ikut setting difficulties.
kalau noob, pilih peaceful.
starter pilih easy.
dah biasa pilih normal.
yang legend pilih hard, pastu lock.
skeleton ni arwah seorang pemanah yang tak kesampaian impian dia dulu |
labah hasil mutan kot |
sikit-sikit nak meletup |
yang ni boleh berenang tapi ni kira berenang ka? |
yang kiri tu asalnya villager tapi dah jangkit virus zombi |
tatap jelas mata si enderman ni kalau berani |
kalau ada katil boleh lena terus.
esok pagi, ulang balik macam semalam.
cari resources, craft benda baru.
itulah kehidupan dalam minecraft.
katil kat rumah lama |
simple and compact |
dah lama sangat duduk kat sini, mula bosan.
try jalan-jalan jauh sikit, kena buat trail takut sesat.
last-last sesat gak, sebab render 5 chunks.(boleh nampak dekat saja)
kena buat satu rumah, takmau lawan zombi.
bila dah pagi, sambung balik the journey.
main redah ja, takdak halatuju.
bukan apa, dalam minecraft ni ada village.
kena cari village ni sebab ada villagers, baru tak sunyi.
torch, obor ni penting kalau nak travel |
buat tiang tinggi-tinggi lagi senang nak jejak kalau sesat |
perjalanan nak cari village ni panjang cerita dia.
so, cukup la untuk first post ni.
nanti kita sambung lain.
terima kasih sebab boleh baca sampai sini.
jangan gerak lagi, layan gambar dulu.
pemandangan lombong dari rumah |
lombong biar cerah kalau gelap ada zombi |
kesan kuari |
laluan masuk lombong dalam laut |
berenang ke lombong |
kadang turun kadang naik |
lagi senang kalau ada tangga |
air terjun di sekitar lombong |
bulan sabit |
matahari dan awan |
contoh coal yang belum dilombong |
rumah kedua tapi tak siap |
pemandangan dari langit, kat tengah tu kolam larva |
sunset dalam minecraft |
zombi ni mempunyai takat nyalaan yang rendah |
nak selfie tapi muka dah burn
|
Comments
Post a Comment